Bulan Disember 2011 ini merupakan hari yang bertuah dan sangat menyeronokkan bagi pelabur. Khususnya pelabur-pelabur emas.
Mengapa saya berkata demikian?
Jika dilihat menerusi graf naik turun harga emas, bulan Disember 2011 adalah di antara bulan yang memperlihatkan harga susut. Menerusi laman web Public Gold, harga untuk 1 Dinar emas cuma berjumlah RM735 sahaja.
Bagi para pelabur emas yang berpengalaman, kebanyakan mereka akan menggunakan masa ini untuk memborong emas-emas. Kemudian menjualnya dengan nilai keuntungan berkali-kali ganda apabila harganya naik kelak.
Adakah Sesuai Untuk Beli Emas Sekarang?
Soalannya, adakah harga emas akan naik? Berdasarkan analisa yang telah dilakukan selama 5 tahun, jumlah peratusan kenaikan harga emas pada setiap tahun adalah sekitar 20% hingga 30%.
Analisa ini jelas menunjukkan kita sebagai pelabur emas bakal mengaut keuntungan yang lumayan menerusi pelaburan ini.
Justeru itu, harga emas turun secara mendadak seperti tarikh 24 Disember 2011 ini menjelaskan betapa pentingnya untuk kita bertindak segera, bagi membeli emas berdasarkan kemampuan.
Kemudian, tunggu dalam tempoh 3 bulan pertama. Kita dapat lihat peningkatan harga yang baik terhadap harga emas. Apabila muncul waktu itu, maka kita mempunyai dua pilihan iaitu:
- Menjual semua emas yang kita beli.
- Menjual 50% daripada emas kita. Bakinya adalah untuk membuat simpanan bagi kenaikan harga yang seterusnya.
Cara Untuk Beli Emas Tanpa Rasa Resah Gelisah
Antara halangan yang terbentuk dalam diri kita untuk memulakan pelaburan emas adalah ketakutan untuk menggunakan wang. Secara psikologinya, kita bukan takut melabur kerana tidak percaya potensinya.
Kita takut kerana kita tahu bagaimana untuk menguruskan wang masuk dan keluar. Kita sering gagal untuk menguruskan wang yang baik. Ini bermaksud, kita tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti jenis wang keluar yang dapat memberikan wang masuk berkali-kali ganda dalam tempoh yang ditetapkan.
Justeru itu, cara yang terbaik untuk bermula adalah melihat kembali wang dalam akaun simpanan kita. Kemudian tanya soalan di bawah:
- Adakah wang ini saya akan gunakan dalam tempoh 3 bulan dari sekarang?
- Adakah saya mahu mengubah hidup saya dari segi kewangan, menerusi wang ini terhadap pelaburan emas?
Jika jawapan kita berada dalam lingkungan yang positif, maka gunakan wang simpanan dalam kuantiti yang minimum. Sentiasa ingat, setiap pelaburan ada risikonya. Kenaikan dan penurunan harga emas adalah tidak menentu.
Nasihat saya, beli emas dalam kuantiti yang kita mampu terlebih dahulu. Jika mampu beli 1 Dinar emas, maka beli 1 terlebih dahulu.
Kerana daripada langkah kecil kita terhadap pelaburan emas, ia akan memotivasikan kita untuk terus mencipta strategi bagi melaburkan lebih banyak wang untuk memperoleh keuntungan jangka masa panjang.
Jika ada sebarang persoalan mengenai pelaburan emas, atau berminat untuk membeli emas, boleh lakukannya menerusi ruangan komen yang disediakan di bawah.
Semoga pelaburan emas dapat memberikan nikmat kepada tuan dan cikpuan dari segi ekonomi.
